aku hamba yang lemah

aku hamba yang lemah
perjalanan menuju abadi

Isnin, 10 Disember 2012

Ana Annisa: ketika hatiku merindui-MU

Ana Annisa: ketika hatiku merindui-MU: Hati yang damai ketika mendengar nama-MU..terasa indah dalam setiap kata dan kalimah yang di lafazkaan... Sayu hati bila tidak mendap...

Isnin, 12 November 2012

ketika hatiku merindui-MU



Hati yang damai ketika mendengar nama-MU..terasa indah dalam setiap kata dan kalimah yang di lafazkaan...
Sayu hati bila tidak mendapat kebahagian dan cahaya keimanan dari-MU...
Indah rasa di hati seringkali memuji nama-MU...nyaman yang ku rasa bila selali mengalunkn kalimah nama-MU...
Ketika ku merindui-MU ku menangis memikirkan setiap dugaan yang KAU beri padaku...
Ketika ku merindui-MU ku sedih memikirkan setiap apa yang berlaku pada diriku...
Ketika ku merindui-MU ku merasa diri ini terlalu merindui-MU..dalam setiap apa yang ku lakukan..dalam setiap pergerakkan yang ku lakukan...dalam setiap ku melaksanakan perintah-MU...dalam setiap ku mengharapkan redha dari-MU...dalam setiap ku memuji nama-MU...dalam setiap ku do uji dengan egitu hebat sehingga aku tak mampu berkata apa-apa....



Hanya ku mengharap redha dari-MU...agar ku sentiasa selalu tawakal dalam setiap ujian yang berlaku..
ku redha anadai itu takdirnya...:)

Isnin, 7 Mei 2012

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan bererti 
aku selalu bahagia dalam hari

Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini hampa

Ku bertemu Sang Adam
di simpang hidupku
mungkin ada cerita  CINTA
namun ku tau ada saja dugaan hidup
seakan aku hina

TUHAN berikanlah aku Cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terang-MU
biarkanlah aku punya cinta

TUHAN berikanlah aku Cinta
aku juga berhak bahagia
berikan restu dan halal-MU
TUHAN beri aku CINTA

Rabu, 2 November 2011

K indah cinta

Cinta tidak memihak ketika engkau sedang menang. kata indah cinta akan selalu patuh dengan bisikan mata hatimu. Disaat kau terjatuh doa akan merangkulmu, disaat gelap datang lilin terangnya terangi harimu.

kata indah cinta

cinta tak pernah salah karena dia bukan pilihan. Tapi cinta akan menyasatkan disaat keikhlasan tidak mendampinginya.
kata indah cinta akan senang tumbuh dihatimu selalu semakin berbunga jika kau siram dia di pusaran hati. Disaat yang tepat dan ketika mentari sedikit beranjak untuk pergi itu bukan kataku tapi kata indah cinta.
by clarias

kata indah cinta

kata kata indah untuk sahabatku.

Jika mungkin engkau pernah mendengar bekas kekasihmu itu umum untuk dunia. tapi Tidak akan pernah ada kata bekas untuk seorang sahabat.

sahabat kau temaniku disaat aku bimbang. Berbagai petunjukmu kau tawarkan,akal dan pikiran kau membantu aku, setiamu sungguh luar biasa.
sahabat takkan pernah ada pergaduhan diantara kita, dan jika memang itu ada ibarat kicauan burung yang menghias pagi dan terlupa pada esok harinya...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Assalamualaikum w.w

Alhamdulillah hari nie bru dapat on9 blogger..lama rasanya ana x buka blogg nie...cbuk ngan aktiviti d sekolah..cbuk ngan exam students..byk sgt keja tp syukur sgt dapat ku lalui ngan jayanya tanpa sekelumit perasaan menyesal...
Bahaginya rasa diri ini melihat kemajuan anak-anak murid yang dulu jarang mendekatkan diri ngan masjid tpi berubah ngan baiknya...mereka rajin sembahyang tanpa d suruh olehq..syukur sgt pada-MU YA ALLAH kerana memperkenankan doa ku selama ini...ssungguhnya aq myayangi n mcintai mereka kerana MU YA ALLAH...
ku mencari iman mereka dengan pertolongan-MU...ku memberi ilmu yang ku ada dengan ilmu yang ENGKAU telah beri kepadaq..
peliharala mereka sepertimana ENGKAU pelihara aq YA ALLAH..
berilah mereka kefahaman fikiran agar dapat belajar dengan baik..amminnnnn

Ahad, 10 Julai 2011

Doa Seorang Wanita Menuju Solehah

Hati hiba mengenangkan dosa- dosa yang ku lakukan...oh TUHAN yang MAHA KUASA terima taubat hamba berdosa...ku akui kelemahan diri,ku insafi kekurangan ini,ku kesali kejahilan ini terimalah terimalah terimalah taubat ku ini.......
telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan...kerana hilang dari jalan menuju redhaMU YA TUHAN.....ku akui kelemahan diri,ku insafi kekurangan ini,ku kesali kejahilan ini terimalah terimalah terimalah taubatku ini.....
di hamparan ini ku meminta moga taubatku di terima......
 ku akui kelemahan diri,ku insafi kekurangan ini,ku kesali kejahilan ini
terimalah terimalah terimalah taubat ku ini........
YA ALLAH ku mohon pada mu dr segla yang berlaku pada ku akan mguatkan lg keimananku...
KU MOHON KASIHMU YA ALLAH......AMIN ROBBAL AL AMIN..........Cry

Sabtu, 25 Jun 2011

Nilai Tudung Seorang Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Artikel Wanita Cinta ini telah dikirimkan oleh anai di Forum Tentang Cinta.

Madah Untuk Wanita Solehah

 
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah